TuneList - Make your site Live

♥tercipta untukku♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

♥MY LOVELY GUEST♥

Tuesday 9 July 2013

iCEPS 9 anjuran mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia



Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM akan meneruskan tradisi menganjurkan program Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) buat kali yang ke-9. Program ini merupakan kesinambungan daripada dasar akademik FEM iaitu mengadakan lawatan industri bagi pelajar tahun satu, mengadakan lawatan sambil belajar ke institusi-institusi pengajian tinggi luar negara bagi tahun dua, menganjurkan majlis makan malam bagi pelajar tahun tiga, dan seterusnya menganjurkan Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) serta mengikuti latihan industri/amali bagi pelajar tahun empat.

Oleh yang demikian, kesinambungan Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan 2013 (iCEPS9 2013) yang akan diadakan pada 26 September hingga 29 September 2013 bertempat di Kampus USIM, Nilai akan diteruskan. Tema konvensyen pada kali ini ialah "Keusahawanan Islam Peneraju Ekonomi Global".

Sempena penganjuran iCEPS9 2013, diharap mampu mencapai objektif utama konvensyen ini iaitu memberikan pengetahuan dan pemahaman yang jelas kepada peserta berkaitan keusahawanan dan konsep perlaksanaannya. Pelbagai program akan diadakan bersempena dengan konvensyen pada kali ini. 

Konvensyen ini diharapkan dapat menjadi teras dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berlandaskan syariat Islam. Ia juga boleh dijadikan sebagai satu wadah bagi mengenengahkan bidang dan bakat keusahawanan dalam kalangan masyarakat Islam dengan lebih meluas lagi di serata dunia. 

Diharapkan iCEPS9 2013 kali ini dapat dijadikan landasan bagi mewujudkan serta melahirkan usahawan yang berlandaskan syariah Islam di Malaysia khususnya dan di peringkat global amnya.

ingin dapatkan info mengenai ICEPS9..jom explore official website ICEPS9..



♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Saturday 6 July 2013

BENGKEL PERSEDIAAN LATIHAN INDUSTRI DAN KEM 1000 LANGKAH


alhamdulillah,,selesai sudah minggu FINAL EXAM.insyaallah,,kita dah cuba sedaya upaya,,just tggu je la keputusannye nnt..

abis jer final exam aritu,,kami terus ade BENGKEL PERSEDIAAN LATIHA INDUSTRI dan KEM 1000 LANGKAH..aigooo..letih ya rabbi!!kem tu berlangsung selama 3 hari..1 1/2 kat USIM dan 1 1/2 kat LEMBAH AZWEN RESORT..

we are buddies..takkan berpisah!!motto kami sepanjang program..

pose cantikkk dulu,, :)
mcm biasa,,tym bengkel tu,,keje kami dgr ceramah,,ceramah,,ceramah,,sampai tersengguk2 dibuatnya,,brapa kali nk BERZIKIR pon tak taulah,,hahhaa..

hari kedua,,kami bergerak ke LEMBAH AZWEN..best tu mmg la best..tp yg tak lalunya sbb malam pertama kami kat lembah azwen,,kami dah dibawa jalan2 dlm hutan,TYM MALAM okey,,ape la relevennya msuk hutan tym malam,,nasib baik la kami tak dikokaknya dek gorilla jer,,rimau ker,,tak pon nsib baik bunian2 tak ngorat kami,,alahai..





esoknya tu,,ade aktiviti outdoor..naik boat la..water confident la..trun bangunan la..nasib baik la tak brapa nak wajib sangat,,so,,semua aktiviti tu aku tak buat..haha..maklumlah..aku ni bukan suka benda2 mngarut mcm ni,,tp syokla tgok dorg buat outdoor..



alhamdulillah,,semua berjalan dengan lancar..tp sakit badan2 aku ni ha,,padahal tak main ape pon,,just masuk hutan tu jer,,klu mama tgok la hutan yg aku masuk tu,,mesti mama tak caya yg aku mmpu harungi hutan tu,ngan kaki yg bermasalah ni,,hihi :)

KUMPULAN THE BEST!!!!




♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...