TuneList - Make your site Live

♥tercipta untukku♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

♥MY LOVELY GUEST♥

Monday 31 October 2011

♥ P E R P I S A H A N ♥


AkU mEnaNgIs BukN KerNa Aq MeMErLukNmu, BUkN KErNA AQ mAhu KAu KmbAli kpdkU, TetpI kErNa Aq AkHiRnYa MnYedAri Aq TErpkSe BelAjAr UnTuK mElEpAsKn Kau PeRgi,..

AkU AkHIrNye DaPAt MENerImA PerPiSahAn KiTa Dan BEnAr2 PErCayE BahAwe Aq bEnAr2 BolE HiDup tnpemu,. AQ AkHrnYe BOlE TrmE TrAgiS CinTA kTe,. kEmUdIaN kau TErSenyuM pDku Dan AQ SklI lg Tewas Dan JtuH CinTA SeKli Lg PdmU,..

SoAl HaTi tiaDa Undng2 Apatah Lg PkSaan,..

TiAdA Yg LebiH maNis DRpD kasiH CinTa DAn TiAdA Kasih Yg lebih ngEri DrpD pTuS cinTa,..

CinTa SEjAti IalAh ApabilA KItA MasIh Mampu TerSenyum,SmBil mendoAkn kEbAhAgiaan UnTuknYa WaLaupon JikA Terpksa MelepAskn dia PerGi,..:')

♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

YA ALLAH,,BERILAH AKU KEKUATAN


xsuka ngan perasaan mcm ni,,rasa geram,,menyampah,,ragu2 n adekalanya rasa mcm nk TuuTTTTTTT jer,,

kenapa?
siapa???
bagaimana??

bialah aku rahsiakan,,,klu rasa dah xnak,,gtaw je awal2..xpyh nk jadikan aku boneka k..

aku rasa mcm aku dah dipermainkan..sangat sakit bile tau semua tuh,,tp aku yg aku leh buat????

T O L O N G L A H....

♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Saturday 29 October 2011

s.e.d.i.h


Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti DIA SEDANG MENANGIS DLM HATINYA .

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang..-_-

♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Monday 24 October 2011

PERHATIAN KEPADA LELAKI BERKULIT GELAP..



adoi..tgok tajuk pon dah takot,,dulu,,kaum hawa ni lebey suka lelaki yg kulit putih,,,kononnya muka jambu la..skng ni???adoiiii..dah suka lelaki berkulit gelap la pulak,,,NI APE KES???adoiii

so,kepada lelaki yg berkulit gelap,,pasni kalian dah xpyh riso la,,pasni saham kalian mesti naik punya,,kepada lelaki yg berwajah jambu,,cepatlah gelapkan kulit anda,,hahahahah..

lawak betol la,,MCM2 BETOL GELAGAT MANUSIA..adoiii,,^^

p/s: en.boyfren,,jgn main tgh panas k,,nnt kulit kamoo gelap,,i takoottttt..^^

♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

bukan mengungkit,,saje nk berbicara..


tetiba teringt cerita dahulu kala..hahhaaa,,aku rasa ni kali pertama,,aku gadoh psl lelaki,,adehhh,,wat malu jer..dah tua2 bangka nk gado psl jantan,,aisehhhhh..en.boyfren sukalah tuh,,cz ade org gadoh psl die,,cehhhh..dush!!!

sebenarnyer.........

hihihi,,td baru pas stalker fB org,,hihi,,mmg dah jadi habit aku duk stalker fb org jer,,aku stalker fb mereka bukan sbb aku nk carik gadoh ngan mereka,,tp mcm dah jadi kebiasaan kot,,

bukan nk mnyibuk..mungkin aku saje je kot nak update perkembangan terbaru mereka,,tu bukan kire mnyibuk gak ker??hahaha..wat ever la an..aku xkaco dorg pon..huhuhuh..lgpon aku jarang bukak fb dorg,,kadang2 jer k..

alhamdulillah la,,ade dikalangan mereka yg dah nk jadi bini org pon,,so,,tahniah la tuk kalian k,,semoga kalian berbahagia k,,tp bagi yg xberbahagia sangat tuh,,hope "beliau" dapat cari insan yg sesuai k,,kepada yg sedang berbahagia,,aku titipkan doa buat kalian..^^

byk sebenarnya yg aku taw psl mereka,,tp biolah aku simpan saje,,mcm spy x aku???hahahah..aku leh jadi prosecutor ni..^^

xkisahlah,,korg nk gadoh ke,,ape ker..dunia ni kecik jer..last2 kita semua akan jumpa gak,,so,,xpyhlah nak disimpan dendam2 tu k,,lagipon korg duk satu tempat,,pusing2 pon,,korg akan berjumpa jugak,,mayb aku pon akan berjumpa korg gak klu jodoh aku pnjg ngan en.boyfren,,so,,xkan nk bertegang urat smpai tua an,,huhuhuh

ape2 pon,,semoga kita semua berbahagia selalu k,,klu ade slah silap dari pihak aku,,harap diampunkan la,,aku pon dah lama maafkan korg..k,,see u soon...=)

p/s: rasa lawak plak bile ingt cite lama balik,,adeh...mcm budak2,,hahahaaa

♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Sunday 23 October 2011

H A P P Y ... ^^


aku gembira sgt ari ni,,

sebab ape??

sebab..pagi2 lagi ade org wat aku tersenyum riang,,

siapa ??

mama ngan en.boyfren la..

dorg wat ape???
mama pg2 lagi dah perli2 aku,,tny aku dh mkn ker blum,,die taw anak die kat hostel mesti xsarapan,,so,,mama saje la nk wat aku jeles an,,mentang2 dorg mkn sedap2 kat sane,,yg aku ni???mkn meggi ngan biskut jer..^^

en.boyfren lak,,pagi2 lagi dah nk wat lawak senget lak ngan aku,,aku drpd nk marah die,,trus xjadi nk marah,,aiyaaaa..pastu kami siap berweb cam lagi,,masing2 batak la cz 1st tym guna webcam kat FB,,hahahha,,lepas rindu sudah..^^

lagi???tu je ker???

ha,,lagi satu,,aku hepi sgt cz hujung minggu ni aku xdek keje langsung,,asignment xdok,,so,,keje aku cuti ni,,mkn,,tdow,,on9 n tgok citer,,hahahaha,,alangkah indahnya hidup ni,,hihihihih..

ape2 pon,,arini,,aku HEPY sangat2,,thanks korg,,luv u lor,,^^


♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Friday 21 October 2011

TERIMA KASIH..^__^


B'TERIMAKASIHLAH KEPADA ORANG YANG MELUKAI HATIMU, KERANA DIA TELAH MEMBUAT HATIMU KUAT.

B'TERIMAKASIHLAH KEPADA ORANG YANG MEMBOHONGIMU, KERANA DIA MEMBUATMU HIDUP BIJAKSANA.

B'TERIMAKASIHLAH KEPADA ORANG YANG MEMBENCIMU, KERANA DIA TELAH MENGASAH KETEGARANMU.

B'TERIMAKASIHLAH KEPADA ORANG YANG MENGKHIANATIMU, KERANA DIA KESABARANMU & KESETIAANMU DI UJI.

B'TERIMAKASIHLAH KEPADA ORANG YANG MENYAYANGIMU DENGAN TULUS, KERANA ITULAH ANUGRAH T'INDAH DLM HIDUPMU..

p/s: terima kasih kepada semua orang yg pernah buat semua perkara diatas terhadap diri saya,,sesungguhnya,,saya dah maafkan kalian..^__^ 


♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Wednesday 19 October 2011

my new boyfrenz..♥♥♥


dengan ini,sy isytiharkan,,laptop acer aspire one happy 2 dah jadi milik mutlak saya,,hahahha!!!suka2..

so,,skng ni,,saya dah ade buah hati yg baru,,sorry yek en.pais,,sy dah "menduakan" awak,,,^_^

tadaaaaaaaaa....inilah buah hati saya,,cute x???en."boyfren"..sila jgn rosak2 yek,,bg kerjasama yg baik ckit ngan saya,,hihihihih...=)

luv u so much la...=)
 


♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Monday 17 October 2011

rindu setengah mati..



rindu kat en.boyfren..

aku rindu nk dgr die panggil aku "si tembam"...

lately ni mood en.boyfren xbrapa nk baik sgt la..ade prob ckit katanya..so,,die macam dingin ckit ngan aku,.xper2,,aku bagi die peluang dan ruang tuk die selesaikan masalah2 die tu,,=)

kalau aku ade kepak,,mmg aku dah terbang kat PD tuh,,aku nk tenangkan diri die,,aku nak ade kat sisi die di saat die ngah susah or mayb tym die tgh memerlukan seseorang tuk share masalah die..

ermmmm...-_-







♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Saturday 15 October 2011

LAWAK GILER!!!!



lawak giler kan..mmg org tu sound direct kat org yg pecahkan cermin kete die,,hahahaha..

compom budak2 ni xdpat meniru,,terseksa gak dorg ni tym exam,,huhhhuhu


♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

WANITA INSAN ISTIMEWA..=)


Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...


Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o

ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…


hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...


Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.


Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..


And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!



SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!

♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

PUASKAH by WALIBAND



Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hoo.. Sayangku
Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkanku

Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai
Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku

♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Monday 10 October 2011

WANITA DAN AIR MATA..


Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?


Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.


Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,

AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,

AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,

AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,

AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,

AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,

AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,

Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..

Wanita makhluk kuat,

Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.



“WANITA itu ISTIMEWA”


P/S untuk en.boyfren...
awak buatlah 100x salah ape pon kat saya,,sebanyak mana pon awak wat hati saya menangis,,awak jangan riso,saya tetap akan maafkan awak,,sebabnya saya dah mula sayangkan awak sepenuh hati saya dan saya xmampu nak kehilangan awak,,=)

♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Sunday 9 October 2011

::: berkahwen ketika belaja ^__^ :::


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

p/s..renung2 kan dan selamat beramal..=)
sumber: syahirul.com

♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Thursday 6 October 2011

Kenali Wanita



a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua,... keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah
p/s:dengan ini saya umumkan,,saya adalah TANAH..=) 




♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Monday 3 October 2011

ACER ASPIRE ONE HAPPY 2


laptop lama dah nazak,,so,,kne la beli laptop baru,,huhuu,,sepanjang aku study dip ngan degree,,ni dah masuk laptop ketiga aku kot,,ahhahaa,,ganas x aku guna laptop,,laptop yg 1st tu rosak coz masuk air,hahahaha,,laptop yg kedua rosak coz LCD problem,,aku dh betulkan byk kali kot,,tetap mcm tuh gak,,so,,wat kesimpulan,,bli baru terus,,ngeee~

nak taw x aku nk bli laptop apo???huhuuh,,aku xdek la nk bli laptop,,aku nk bli netbook jer,,tetiba aku berkenan giler kat netbook ASPIRE ONE HAPPY 2,,pas je aku terpandang netbook tuh,,aku trus terpikat,,so,,aku dh gtaw mama yg aku nk netbook tu,,tp xtaw la hajat tercapai atau x,,aku nk bli yg wane pink,comey seyh,,,

ha,,tgok!!!comey x???ngee~

ni lagi satu,,2ari lepas,,aku de la ternampak cadar MU kat fb,,so,,secara otomatik,,aku trus teringt kat en.sapais,,n aku trus g order,,huhuuh,walaupon ngah sesak2 xdek wet an..aku gagahkan jugak la..xdeklah,,kang klu aku xbli,,aku yg mnyesal,,kang mngigau2 lak aku,bek beli je trus,,smlm dah buat payment,,hope this week leh sampai la,,huhhuhu..

ni kira mcm adiah aku kat die la,,adiah tuk apo??xdeklah,,saje2 je nk kaci,,xkan nk tggu besday or anyvesery baru nk bg adiah an???hhuhuhu,hope he likes it..=)

aku bli cadar jer la..yg comfoter tuh xdeklah aku bli,,bajet lari wooooo..hahahaha



♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Sunday 2 October 2011

4 golongan KAUM ADAM..


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!



♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Saturday 1 October 2011

KISAH PENSIL & PEMADAM




Pensil: saya minta maaf
Pemadam: untuk ape? awak tak buat apa2 yg salah pon... ...

Pensil: saya minta maaf sbb awk cedera disebabkan saya.Setiap kali saya membuat kesilapan,awak sentiasa ada untuk saya.Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada.Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak.Awak akan menjadi lebih kecil dan kecil lagi setiap kali disebabkan kesilapan saya.

Pemadam: Itu betul,tapi saya tak kisah.Awak lihat,saya telah dilahirkan untuk melakukan tugas ini.Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila2 masa awak melakukan sesuatu kesilapan,walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru.Saya sekarang gembira dengan tugas saya.Saya tidak suka melihat awak sedih,dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.

**Inilah namanya persahabatan sejati tapi sayang,pensil dan pemadam yang dapat berfikir macam tu...susah nak jumpa manusia yang berfikir macam tu sekarang nie...=)



♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...