TuneList - Make your site Live

♥tercipta untukku♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

♥MY LOVELY GUEST♥

Thursday, 19 September 2013

SHADAH's BABY SHOWER


tak sabo nak tggu 1st baby cadbury junior..alahai..disebabkan ni 1st cadbury junior..kirenya anak buah sulong la,,so kami macam excited sgt..kami semangat nk buat baby shower tuk odah,,hasil kerjasama ngan laki odah..akhirnya kami berjaya wat surprise party tuk odah,,hihi :)












♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Friday, 16 August 2013

anugerah SHAWAL


salam 8 syawal..baru berkesempatan nk update pic raya..jadual pack sgt..sebok beraya,,sebok ngan program kat kampus,,pastu buat2 sebok lg,,hihi..alhamdulillah,,mood raya masih sama mcm tahun sebelum2 ni..tp bezanya tahun ni,,kami beraya kat kampung belah mama jer,,atuk ngan nenek belah abah semua dh meninggal..so kami berkampung kat belah mama jer..tak mo ckp byk dah..moh layan pic raya..

raya pertama:

tema kami tahun ni,,RIMAU BINTANG..auuummmm,tp tuk pompuan jer la,,lelaki baju bebas..mcm biasa la,,hari raya pertama,,xkemana pong..as usual,pagi sembahyang raya..ziarah kubur pastu ptg tu g umah kakak abah,,tak berjalan mana pon,,just tggu tetamu mai umah..hihi 

raya kedua:


raya kedua,,barulah kami berjalan sakan,,takdekla sakan sangat pon,,baru nk g umah ketiga mcm tu,,ade org nak mai umah lak,,pastu terpaksala balik..mlm tu baru g raya balik,,xpuas melaram ngan baju raya..hihi

raya ketiga..tak g mana2 pon,,sebuk kat umah kakak abah..sbb dorg buat kenduri doa selamat,makcik ngan pakcik nak g haji tahun ni,,alhamdulillah,,dah sampai seru dorg.. :)

raya keempat:


trip to penang..1st tym tym raya kami g jalan jauh macm ni,,ni semua gara2 atuk ngan nenek nk g kenduri kawen spupu dorg kot,,si razali hussein tu la,,alahai,,beriye benor..dh la terpaksa tempoh jem,,smpai 5 jam taw..sabo je la..tp mama la puas,,hilang kempunan nk mkn pasemboq penang mali,,hihi

APE2 PON..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,,MAAF ZAHIR DAN BATIN..^^

♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Thursday, 1 August 2013

IFTAR wiff CADBURY at FULL HOUSE


salam 23 ramadhan..moment yang terindah dalam hidup bile kita dapat jumpa dengan insan2 yang kita sayang.. dalam dunia ni aku just sayang keluarga aku,,adrul safais ngan family die ngan mmbr2 rapat aku..bile dapat bersama ngan dorg..tu la merupakan moment yang sangat terindah.. :)

dah masuk 22 ramadhan,,baru la dapat jumpa ngan iftar ngan my besties!!even xckup korum,,tp okey la,,majoriti datang..kami lepaks kat full house sunway piramid..iftar wiff them buatkan ramadhan aku rasa complete sgt,,thanks korg.. :) thanks esah cz terpaksa nk redah jem sbb kne amik aku,,thanks zarynie antar aku balik umah,thanks ohm sbb buat impian jadi kenyataan,,nk makan pavlova..haha..and lastly,,thanks semua cz sudi makan kek batik ngan kuih2 raya i,,hahaha

sebelum nk g iftar tu,,amboiii,,sakan deme order mcm2 kat aku,,kek batik la,,kuih raya la,,sayang mmbr pny pasal..buat jer,ala,,xsusah mana pon an.. :)

bekalan untuk dorg.. :)
semalam kami beriftar kat FULL HOUSE..harga?boleh tahan la,,xlebih rm25 pon perperson..lengkap ngan air,buah ngan dessert..eh..menu kami semalam,,ade yg mkn western,,pasta..n ade gak yg makan makanan melayu,.pastu mcm biasa la,,xlengkap rasanya klu kuar ngan dorg,,tak gedik2 depan camera.setiap gambar ade ceritanya.. :)












ape2 pon,,thanks korg..sayang korg ketat2 la.. :)

♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Tuesday, 9 July 2013

iCEPS 9 anjuran mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia



Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM akan meneruskan tradisi menganjurkan program Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) buat kali yang ke-9. Program ini merupakan kesinambungan daripada dasar akademik FEM iaitu mengadakan lawatan industri bagi pelajar tahun satu, mengadakan lawatan sambil belajar ke institusi-institusi pengajian tinggi luar negara bagi tahun dua, menganjurkan majlis makan malam bagi pelajar tahun tiga, dan seterusnya menganjurkan Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) serta mengikuti latihan industri/amali bagi pelajar tahun empat.

Oleh yang demikian, kesinambungan Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan 2013 (iCEPS9 2013) yang akan diadakan pada 26 September hingga 29 September 2013 bertempat di Kampus USIM, Nilai akan diteruskan. Tema konvensyen pada kali ini ialah "Keusahawanan Islam Peneraju Ekonomi Global".

Sempena penganjuran iCEPS9 2013, diharap mampu mencapai objektif utama konvensyen ini iaitu memberikan pengetahuan dan pemahaman yang jelas kepada peserta berkaitan keusahawanan dan konsep perlaksanaannya. Pelbagai program akan diadakan bersempena dengan konvensyen pada kali ini. 

Konvensyen ini diharapkan dapat menjadi teras dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berlandaskan syariat Islam. Ia juga boleh dijadikan sebagai satu wadah bagi mengenengahkan bidang dan bakat keusahawanan dalam kalangan masyarakat Islam dengan lebih meluas lagi di serata dunia. 

Diharapkan iCEPS9 2013 kali ini dapat dijadikan landasan bagi mewujudkan serta melahirkan usahawan yang berlandaskan syariah Islam di Malaysia khususnya dan di peringkat global amnya.

ingin dapatkan info mengenai ICEPS9..jom explore official website ICEPS9..



♥♥KASIHCHINTASAYANG:apabila hati mula berbicara..(^_^)♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...